Memandangkan hari ni hari sabtu dan hujung minggu.., Abah, adik perempuan aku dan suaminya, adik lelaki dan aku memang dah rancang nak bersihkan satu rumah.., memang penat beb.., sampai nak patah pinggang aku ni.., kaki ni masih lagi sengal2... minggu depan dah boleh pergi berurut kaki..
![]() |
| Adik ipar aku yang kepenatan.. Ngeh3!! |
![]() |
| Adik-adikku yang gigih membersihkan rumah.. |
![]() |
| Comelest dan Sengalest... |
Zakat fitrah.., salah satu dari Rukun Islam.., aku belum berkesempatan menunaikannya.., tapi insyaAllah akan diselesaikan dalam masa terdekat ni.. hehee :)
Shopping..? Belum buat lagi... sebab macam nak pergi tapi ada je benda lain yang nak dibuat.. Tapi "si dia" dah shopping.., hari ni dia pergi cari baju kebaya pulak... aku pulak yang tumpang seronok.. hahaa.. Aku macam berniat nak kasi duit raya kat adik-adik dan juga anak buah aku yang comel seperti cerita Dora The Explorer itu.. hhuuhu :)
Abah dah macam bercadang nak buat rumah terbuka tahun nie.., memandangkan tahun lepas kami tak berkesempatan berbuat sedemikian kerana pemergian Ummi.. Menu tahun ni mesti best2.., sebab aku dah rancang dengan abah dah... hihiii :) kalau korang nak datang masa rumah terbuka nanti jemputlah datang yea.. tapi kepada sesiapa yang aku tak kenal tu.., harap maklum je laa ek...
Tahun lepas beraya sorang-sorang.., tahun ni beraya berdua laaa... gembira rasa hati... hahaha :) hari ni pun harijadi adik aku si e-im tu.., abang long aku siap nak kasi present kasut kat dia.., tahun lepas dia dapat adidas kids.., tahun ni kasut apa pun aku tak tahu lagi.., Lagi sekali.., aku yang dok seronok.. Pelik daaa...
Harap-harap aku dapat melalui segala dugaan dan cabaran untuk tahun 2010 ni..


