Friday, August 27, 2010

Minggu ketiga berpuasa... Kerinduan bertandang..

Hari nie hari Nuzul Qur'an.., sangat berkat.., memang baik utk keseluruhan umat sekalian alam.., Aku sebagai hambanya menadah tangan kesyukuran kerana masih diberi kesempatan untuk melaksanakan ibadat..

Minggu nie merupakan minggu terakhir aku bersama2 dengan rakan2 batch aku sebelum kitorang dihantar ke division masing... Ape yang aku rakamkan perasaan aku di sini aku merasa sangat sedih dan syahdu sebab lepas nie susah sket la nak bergelak ramai-ramai dalam satu tempat.., Tapi itulah namanya kehidupan.. Setiap pertemuan pasti ada perpisahannya.., Sob sob..

Kaki kiri aku beransur baik.. dan merasakan yang harapan nak berjalan dengan betul masa raya nie ade.. :) Aku mula merasakan dengan kehadiran "si dia" ke dalam hidup aku telah menjadikan diriku lebih matang dalam mengendalikan kehidupan seharian dan memahami dirinya seadanya walaupun ada kalanya aku terpaksa bersedia dengan tingkah lakunya yang aku sendiri xfaham.. Orang perempuan je yang faham kowt... Women..?? what do you expect?? Complicated as it is... hee~~ tapi sunyi kalu tiada orang perempuan dalam hidup seorang lelaki... bukan apa beb.., teman berbicara tu penting untuk proses kematangan diri yang lebih cepat..

Baju raya x beli lagi nie.., tunggu gaji baru la dapat shopping!!! heheh~~  emm, Semalam masa sesi emotional intelligence / kongsi pengalaman hidup., pertama kali dalam hidup aku, aku menangis di hadapan rakan-rakan seperjuangan disebabkan oleh peristiwa pahit melanda hidupku.., iaitu pemergian Arwah ibuku ke rahmatullah pada tahun 2009.. Trainer tu cakap luahkan apa sahaja yang dirasakan perlu bagi melepaskan apa yang dipendam oleh diriku.. Aku hanya punya satu.. iaitu rinduku kepada arwah ibuku yang tidak akan pernah padam..., tapi dek kerana sebab aku dah mula menangis.., yang lain pun ikut menangis.. sebak... Hanya doa yang ikhlas dari anak yang soleh dapat dipohon supaya rohnya dicucuri rahmat dan dilindungi Allah S.W.T... Aku merinduimu wahai Ummi..