Saturday, September 25, 2010

Kerja+melepak=kepuasan hidup

Aku mengalami minggu yang sangat sibuk... penatnya Tuhan saje yang tahu... tapi aku akan berusaha untuk atasi setiap cabaran yang mendatang untuk aku persiapkan diriku menjadi seseorang yang lebih matang dan bersedia menggalas tugas serta amanat yang lebih besar... tapi sebagai pekerja, hari minggu adalah merupakan hari yang dinanti-nantikan oleh setiap orang seperti aku setelah 5 hari memerah otak bekerja keras.. hehehee :)

Kalau betul masin mulut abang aku tu.., aku bakal jadi diplomat suatu hari nanti.., aku suka!!~~ Banyak perkara yang boleh dipelajari.., yang penting jangan kata tidak sebelum mencuba membuat sesuatu perkara tersebut.., Yakin yang kita boleh melakukan sesuatu perkara tersebut tanpa dikritik oleh orang lain.., InsyaAllah kita boleh pergi jauh dalam hidup ini..,

Orang banyak berkata-kata.., "hidup nie umpama roda, seketika kita berada di bawah, kemudian kita akan berada di atas".., peganglah kepada falsafah hidup ni kerana ianya realiti, bukan fantasi.., yang penting usaha yang berterusan, doa dan tawakkal kepada Allah untuk berjaya dalam hidup.. lagi satu, hidup nie jangan selalu ade perasaan iri hati yang negatif atau busuk hati kepada rakan-rakan yang ingin berjaya dalam hidup.. sistem sokongan penting antara satu dengan yang lain..

Sesungguhnya Allah sentiasa adil terhadap setiap hambaNya.. Dan aku akan terus berusaha dan berikhtiar untuk berjuang dalam hidupku supaya berjaya dan dapat menyokong sesiapa sahaja terutama rakan-rakan seperjuangan yang ikhlas untuk berjaya bersama-sama dalam hidup ini..


Akhir kata., jangan mudah mengalah dengan apa yang menimpa atau mendatang kepada kita.., Sesungguhnya Allah telah menetapkan setiap sesuatu perkara pada hari ini dan seterusnya esok, kepada kita supaya kita dapat menjadi lebih baik dari hari semalam.