Assalamualaikum dan selamat hari raya aidilfitri diucapkan kepada anda semua yang beragama Islam.., yang bukan beragama Islam pun aku pasti mereka juga turut bersama meraikannya bersama rakyat Malaysia yang lain..
Heemm.., dah habis sebulan puasa tibalah masanya untuk makan makanan yang ditunggu2.., lemang bersama daging rendang.. terbaekk wokk!! Masa hari raya pertama, memang meriah suasana di rumah bapak aku kat Ampang nie.. macam2 perangai yang aku boleh lihat terutamanya adik2 aku dan juga tak lupa anak buah aku yang banyak songeh itu..., tapi memang lawak laa..,
Raya kedua, aku pi beraya kat kawasan kampung, seronok tak terkata sebab boleh mengimbau masa kecik2 dulu pergi main bunga api siang2 buta, sampai poket baju berlubang dan beraya dengan saudara mara aku yang sebaya laa masa tu.. dulu-dulu, dapat duit raya sampai nak terlondeh poket seluar sebab dulu2 budak2 dapat duit syiling je, tapi budak2 sekarang nak duit kertas je,.. maka itu sekarang nie aku pulak yang kena beri duit raya pada mereka yang cenonet nie.. hehehe :)
Masuk raya ketiga.., berjalan juga.., tapi dek kerana makan yang x ingat dunia malam sebelumnya tu., sakit perut menyerang sampaikan aku dok berulang ke tandas banyak kali... penangan makanan hari raya... sengal la aku nie.. Pastu pergi beraya sampailah ke petang., aktiviti utama., makan nasi, bedal kuih2 pelik tapi sedap, dan ziarah orang-orang sakit dan menderma kepada yang miskin.. itu adalah antara pengalaman yang dapat aku kutip sepanjang tiga hari beraya nie..
Menyambut hari raya sebagai orang dewasa banyak mematangkan pemikiran aku dan aku pun telah mula berfikir bagaimana nak mengurus situasi atau "react" kepada sesuatu keadaan apabila menjelang bulan Syawal..
Kesabaran, kesefahaman, tolak-ansur, hormat-menghormati adalah antara elemen-elemen penting yang perlu diterapkan di dalam setiap jiwa insan yang bergelar Muslim supaya ianya sentiasa subur dalam mencorak pemikiran yang baik untuk masyarakat..