Hari raya memang hari yang best kalau nak pergi ziarah orang dan pada masa yang sama boleh merasa makanan yang disediakan pihak tuan rumah. Aku pun tidak ketinggalan dalam sesi open house pada kali ini..
Sepanjang dua minggu berhari raya nie.., ade la juga undangan hari raya yang dijemput..
Tetapi apabila kita cuba untuk memenuhi jemputan, ada kalanya masa yang kita ada agak terbatas.., Akan tetapi akan dicuba sedaya upaya untuk memenuhi jemputan rumah terbuka atau sesi makan-makan tersebut.
Akan tetapi apabila masa yang cuba kita peruntukan itu agak terlebih atau kita sendiri pun terlewat untuk hadir ke sesuatu jemputan.., seboleh2nya akan diberitahu kepada pihak tuan rumah yang kita akan tiba lambat sedikit dari yang diberitahu..
Aku tidak mengharapkan mereka untuk menunggu atau membuat sesuatu program yang mesti kena ada semua orang baru nak buat.. Padahal aku dah biasa dengan situasi ini., Cuma satu yang ingin aku persoalkan di sini iaitu mengapa bila aku sudah punya cara penghidupan aku sendiri, orang lain seakan2 tidak boleh menerima.. ada yang boleh menerima perubahan keadaan itu dek kerana kematangan pemikiran mereka. Syabas kepada mereka yang matang..
Apa2 pun., aku berharap agar persahabatan yang dibina selama ini tidak hancur dek kerana kurangnya kematangan diri masing2 di dalam membuat penilaian sesama sendiri.. Tepuk dada, tanya perut.. Selamat hari raya.., Minta maaf jika perlakuanku menjengkelkan hati sesetengah pihak. Adios!!~