Saturday, September 25, 2010

Kerja+melepak=kepuasan hidup

Aku mengalami minggu yang sangat sibuk... penatnya Tuhan saje yang tahu... tapi aku akan berusaha untuk atasi setiap cabaran yang mendatang untuk aku persiapkan diriku menjadi seseorang yang lebih matang dan bersedia menggalas tugas serta amanat yang lebih besar... tapi sebagai pekerja, hari minggu adalah merupakan hari yang dinanti-nantikan oleh setiap orang seperti aku setelah 5 hari memerah otak bekerja keras.. hehehee :)

Kalau betul masin mulut abang aku tu.., aku bakal jadi diplomat suatu hari nanti.., aku suka!!~~ Banyak perkara yang boleh dipelajari.., yang penting jangan kata tidak sebelum mencuba membuat sesuatu perkara tersebut.., Yakin yang kita boleh melakukan sesuatu perkara tersebut tanpa dikritik oleh orang lain.., InsyaAllah kita boleh pergi jauh dalam hidup ini..,

Orang banyak berkata-kata.., "hidup nie umpama roda, seketika kita berada di bawah, kemudian kita akan berada di atas".., peganglah kepada falsafah hidup ni kerana ianya realiti, bukan fantasi.., yang penting usaha yang berterusan, doa dan tawakkal kepada Allah untuk berjaya dalam hidup.. lagi satu, hidup nie jangan selalu ade perasaan iri hati yang negatif atau busuk hati kepada rakan-rakan yang ingin berjaya dalam hidup.. sistem sokongan penting antara satu dengan yang lain..

Sesungguhnya Allah sentiasa adil terhadap setiap hambaNya.. Dan aku akan terus berusaha dan berikhtiar untuk berjuang dalam hidupku supaya berjaya dan dapat menyokong sesiapa sahaja terutama rakan-rakan seperjuangan yang ikhlas untuk berjaya bersama-sama dalam hidup ini..


Akhir kata., jangan mudah mengalah dengan apa yang menimpa atau mendatang kepada kita.., Sesungguhnya Allah telah menetapkan setiap sesuatu perkara pada hari ini dan seterusnya esok, kepada kita supaya kita dapat menjadi lebih baik dari hari semalam.

Sunday, September 19, 2010

Open house Raya...

Hari raya memang hari yang best kalau nak pergi ziarah orang dan pada masa yang sama boleh merasa makanan yang disediakan pihak tuan rumah. Aku pun tidak ketinggalan dalam sesi open house pada kali ini..

Sepanjang dua minggu berhari raya nie.., ade la juga undangan hari raya yang dijemput..
Tetapi apabila kita cuba untuk memenuhi jemputan, ada kalanya masa yang kita ada agak terbatas.., Akan tetapi akan dicuba sedaya upaya untuk memenuhi jemputan rumah terbuka atau sesi makan-makan tersebut. 

Akan tetapi apabila masa yang cuba kita peruntukan itu agak terlebih atau kita sendiri pun terlewat untuk hadir ke sesuatu jemputan.., seboleh2nya akan diberitahu kepada pihak tuan rumah yang kita akan tiba lambat sedikit dari yang diberitahu..

Aku tidak mengharapkan mereka untuk menunggu atau membuat sesuatu program yang mesti kena ada semua orang baru nak buat.. Padahal aku dah biasa dengan situasi ini., Cuma satu yang ingin aku persoalkan di sini iaitu mengapa bila aku sudah punya cara penghidupan aku sendiri, orang lain seakan2 tidak boleh menerima.. ada yang boleh menerima perubahan keadaan itu dek kerana kematangan pemikiran mereka. Syabas kepada mereka yang matang.. 

Apa2 pun., aku berharap agar persahabatan yang dibina selama ini tidak hancur dek kerana kurangnya kematangan diri masing2 di dalam membuat penilaian sesama sendiri.. Tepuk dada, tanya perut.. Selamat hari raya.., Minta maaf jika perlakuanku menjengkelkan hati sesetengah pihak. Adios!!~
 

Sunday, September 12, 2010

Hari Raya..., Sambutannya..??

Assalamualaikum dan selamat hari raya aidilfitri diucapkan kepada anda semua yang beragama Islam.., yang bukan beragama Islam pun aku pasti mereka juga turut bersama meraikannya bersama rakyat Malaysia yang lain..

Heemm.., dah habis sebulan  puasa tibalah masanya untuk makan makanan yang ditunggu2.., lemang bersama daging rendang.. terbaekk wokk!! Masa hari raya pertama, memang meriah suasana di rumah bapak aku kat Ampang nie.. macam2 perangai yang aku boleh lihat terutamanya adik2 aku dan juga tak lupa anak buah aku yang banyak songeh itu..., tapi memang lawak laa..,

Raya kedua, aku pi beraya kat kawasan kampung, seronok tak terkata sebab boleh mengimbau masa kecik2 dulu pergi main bunga api siang2 buta, sampai poket baju berlubang dan beraya dengan saudara mara aku yang sebaya laa masa tu.. dulu-dulu, dapat duit raya sampai nak terlondeh poket seluar sebab dulu2 budak2 dapat duit syiling je, tapi budak2 sekarang nak duit kertas je,.. maka itu sekarang nie aku pulak yang kena beri duit raya pada mereka yang cenonet nie.. hehehe :)

Masuk raya ketiga.., berjalan juga.., tapi dek kerana makan yang x ingat dunia malam sebelumnya tu., sakit perut menyerang sampaikan aku dok berulang ke tandas banyak kali... penangan makanan hari raya... sengal la aku nie.. Pastu pergi beraya sampailah ke petang., aktiviti utama., makan nasi, bedal kuih2 pelik tapi sedap, dan ziarah orang-orang sakit dan menderma kepada yang miskin.. itu adalah antara pengalaman yang dapat aku kutip sepanjang tiga hari beraya nie..

Menyambut hari raya sebagai orang dewasa banyak mematangkan pemikiran aku dan aku pun telah mula berfikir bagaimana nak mengurus situasi atau "react" kepada sesuatu keadaan apabila menjelang bulan Syawal..

Kesabaran, kesefahaman, tolak-ansur, hormat-menghormati adalah antara elemen-elemen penting yang perlu diterapkan di dalam setiap jiwa insan yang bergelar Muslim supaya ianya sentiasa subur dalam mencorak pemikiran yang baik untuk masyarakat..

Saturday, September 4, 2010

Minggu terakhir puasa... Nak Raya.. Yeay!!!

Rasanya seperti lama je aku tak menulis di blog aku nie.. huhuu :) Almaklumlaa.., dengan keje baru lagi.., kaki cedera la.., nak sambut raya laa.., macam-macam la aktiviti kena buat.. 

Memandangkan hari ni hari sabtu dan hujung minggu.., Abah, adik perempuan aku dan suaminya, adik lelaki dan aku memang dah rancang nak bersihkan satu rumah.., memang penat beb.., sampai nak patah pinggang aku ni.., kaki ni masih lagi sengal2... minggu depan dah boleh pergi berurut kaki..

Adik ipar aku yang kepenatan.. Ngeh3!!

Adik-adikku yang gigih membersihkan rumah..

Comelest dan Sengalest...


Zakat fitrah.., salah satu dari Rukun Islam.., aku belum berkesempatan menunaikannya.., tapi insyaAllah akan diselesaikan dalam masa terdekat ni.. hehee :) 

Shopping..? Belum buat lagi... sebab macam nak pergi tapi ada je benda lain yang nak dibuat.. Tapi "si dia" dah shopping.., hari ni dia pergi cari baju kebaya pulak... aku pulak yang tumpang seronok.. hahaa.. Aku macam berniat nak kasi duit raya kat adik-adik dan juga anak buah aku yang comel seperti cerita Dora The Explorer itu.. hhuuhu :)

Abah dah macam bercadang nak buat rumah terbuka tahun nie.., memandangkan tahun lepas kami tak berkesempatan berbuat sedemikian kerana pemergian Ummi.. Menu tahun ni mesti best2.., sebab aku dah rancang dengan abah dah... hihiii :) kalau korang nak datang masa rumah terbuka nanti jemputlah datang yea.. tapi kepada sesiapa yang aku tak kenal tu.., harap maklum je laa ek...

Tahun lepas beraya sorang-sorang.., tahun ni beraya berdua laaa... gembira rasa hati... hahaha :) hari ni pun harijadi adik aku si e-im tu.., abang long aku siap nak kasi present kasut kat dia.., tahun lepas dia dapat adidas kids.., tahun ni kasut apa pun aku tak tahu lagi.., Lagi sekali.., aku yang dok seronok.. Pelik daaa...

Harap-harap aku dapat melalui segala dugaan dan cabaran untuk tahun 2010 ni..