Masa dah on the way ke tempat yang dituju.., masing-masing dah macam blur2 je aku tengok.., yang sekor dok tido bongkang.., yang lainnye macam takut2 je sebab yelah.., baru kenal kowt budak2 ofis nie.. gedebak gedebuk lepas 4 jam naik bas.., akhirnya sampai jugak la aku kat kem yang diberi nama Outward Bound Malaysia Lumut..
Aktiviti di sini amat penuh pengisian berguna kepada sesiapa sahaja yang ingin mencabar diri serta boleh mengenal potensi diri yang sebenar kerana semua aktiviti2 yang ditawarkan semuanya melibatkan alam semulajadi...
Mula-mula dah dapat kumpulan tu.., aku rasa macam cuak pun ade sebab ahli kumpulan aku nie mcm malu2 kucing la.., kucing pun xmalu macam depa nie.. Toyyiiibbb!!! Lepas ice breaking session.., barulah sedikit demi sedikit perwatakan diri masing2 tu nak keluar.., bak kata omputih.., "they started to show their true color" laa katekan... tapi aku tetap kewl!! eheh!! walaupun bila mase main permainan "banana and papaya" tu sangat kelakar.., aku tetap mengantoikan diri dengan salah sebut banana dan papaya kat org yg salah... toyiibbb!!
Hari kedua..,
Aktiviti dah mula mencabar.. berkayak dari OBS ke Teluk Sekadeh.., adelah lebih kurang dalam 4 kilometer... emm, jauh dowh!! selalu aku jogging 4kilometer pun dah mcm nak terputus je urat kentut nie ha... ni pulak guna tangan kayak nak pi pusing pulau pangkor nun...
Akan tetapi, nasib baik la ade satu bunga nie yang nak pair ngan aku utk berkayak... Bak kate orang tua2.., pucuk dicita ulam mendatang... cewah! Sweet laa awek nie.., peramah, xsombong.., banyak benda laa boleh share dengan minah nie.. (ade ciri2 tue... so, masukkan dalam list....)
Anyway, pagi tu ade sesi latihan kayak dulu.., lepas tue baru diorang (instructor) lepaskan kitorang ke laut nun.... sendiri2 je beb.. diorang monitor dari atas bot je.. alhamdulillah, kitorang smpi ptg jumaat tu dlm pukul 5 mcm tue.. kayak lebih kurang dalam sejam 45 minit jugak la.. dah mcm nak patah dah pinggang pakcik nie..
Pastu, kitorang sume berkhemah la di teluk sekadeh itu... Toyyiibbb!! Menarik beb sebab masa hari tu aku ditugaskan untuk menjadi pengurus pasukan aku.., So, gila kuasa kejap ar.., ekekee.., xde la.., yang best nya semua tugas kitorang agih2kan sama-rata.. baik lelaki baik perempuan..
Hari ketiga..,
Perjalanan aku/kumpulan kami bermula untuk menghabiskan pusingan satu pulau pangkor.. bak kata orang tawaf la kan.. tapi.., pagi2 je dah hujan lebat., ombak memang x ingat dunia la.., sepatutnya journey kitorang mula pukul 7 pagi, tapi dek kerana hujan, kitorang kena tunggu.., sampai pukul 9 lebih macam tu, hujan berhenti.., jadi kitorang mulakan kembali pengembaraan..,
Dalam perjalanan berkayak mengelilingi pulau itu.., ramai laa yang seasick/ muntah atas kayak.., termasuk la partner aku yang comel tue.., aku menjadi wira kapoww hari tue sebab aku boleh dayung non-stop.., aku pun mcm xpercaya macam mana ade kuasa ekstra yang boleh 'push' diri aku untuk pergi lebih jauh... "Always belief in yourself and good teamwork makes everything possible".
Sampai la kitorang kat Teluk Batik selepas 4 jam berkayak.., sambil makan makanan yg kitorang masak malam sebelumnya... aku siap nyanyi lagu spongebob mase mandi manda di situ... ehhe ;) pastu kitorang sambung perjalanan untuk sampai semula ke OBS., amik masa dalam sejam gak la nak sampai.
Hari keempat..,
Aku berkesempatan untuk mencabar diriku melakukan aktiviti memanjat dinding / wall climbing.. perghh!! Kalu korang xde tenaga tangan yg kuat.., dinasihatkan pi ambik tongkat ali dulu.. aku dicabar untuk mendapatkan tiga kali tawan puncak.., tapi aku dapat satu je.., kira ok la tue., next time aku buat kat tempat lain pulak.. Dang!
Hari Terakhir..,
Sedih sket sebab aku dah mula sayang kawan2 dan juga tempat outward bound school nie.. ye la, nie je masa yg ada nak kenal diorang nie.. lepas nie masing2 busy kan..? At least aku dapat sesuatu yang amat berharga daripada kursus nie.. So, aku harap korang yang diluar sana agak2 dah lemau atau tepu otak.., aku sarankan korang datang ke tempat nie.. banyak ilmu bermanfaat yg boleh diperolehi di Outward Bound School. Thanks to Cyberview for this great opportunity.. nanti aku citer lagi ye... kalu aku ade citer menarik..


