Saturday, August 21, 2010

Siri 2:Bulan Puasa...

Assalamualaikum kawan2?.., Apa khabar anda semua..? Aku harap semuanya berada dalam keadaan sihat hendaknya ye.. Hemm, setelah seminggu berpuasa dan nak masuk minggu kedua puasa nie aku merasakan ia membawa sebuah pengertian baru dalam hidupku..

Nak tahu kenapa x..? Sebabnya adalah kerana rakan2 sekerja aku semuanya dah seperti ahli keluargaku sendiri.., tiga minggu kami bersama tetapi banyak yang aku pelajari untuk mengenal sifat dan peribadi masing2.. Aku dah mula sayang mereka..

Seminggu nie memang aku takde masa langsung nak menulis kat blog disebabkan oleh tugasan serta perbincangan secara kritis yang diberi oleh trainer kami.. Banyak ilmu yang aku belajar dalam mempersiapkan diriku untuk realiti pekerjaan yang sebenar... Dan aku telah menemui dua ciri2 istimewa dalam diriku yang aku sendiri tidak pernah menyangka yang selama ini aku mempunyai kebolehan itu.., Berkarisma dan kepimpinan.., dua ciri2 yang dinilai oleh rakan2 sekerja ku.., Selepas ini aku tidak akan menoleh ke belakang untuk melihat masa laluku.. Aku bertekad untuk mencapai matlamat hidupku untuk berjaya suatu hari nanti.., InsyaAllah.. ;)

Akan tetapi., apa yang aku sangat puas hati adalah kerana aku telah dapat membantu rakan2ku yang lain untuk menonjolkan potensi diri serta karektor kepimpinan mereka yang sebenar (dalam erti kata mereka dapat menjadi pemimpin untuk diri mereka sendiri).. dan ternyata diri mereka adalah sama hebat dengan bangsa2 lain yang bijak pandai.. aku merasa bersyukur kerana dipertemukan dengan mereka.

Dah jodoh aku agaknya.., dipertemukan dengan seorang insan yang bernama "wanita".., masih lagi mengenali hati budi masing-masing.. dia nie sweet., chinese look.., comel.. Opps! Setoppp!! xleh citer banyak2.. nanti korang bosan pulak..

Aku merindui rakan-rakan mass comm ku semasa belajar dulu2.. teringin pula nak berbuka puasa dengan mereka.., dah lama rasanya x merasa perasaan riuh rendah budak2 faunaz.. kalau ade rezeki berjumpalah kami nanti..

Minggu nie punya solat terawih macam banyak kali juga yang terlepas dek kesibukan bekerja.., ye la., baru masuk kerja la katakan..? ;) tak pe, minggu depan ade masa untuk aku pulun semua hari yang ada untuk cover mana2 yang tertinggal.. hehehe ;)

Baju raya aku xbeli lagi.., tapi rasanya macam nak beli seluar raya je.., pakai baju melayu tahun lepas je kot.. almaklumlah.., baru je nak "bernafas" kembali... hahaaa.. aku pun dah mula hilang suara disebabkan oleh musim batuk sekarang ni...

Apa yang penting.., aku kena fokus dengan apa yang aku nak capai dalam hidup aku.. Doa pun kena la seiring., betul x? tu je la aku nak coret kat blog kali nie.. Selamat berpuasa, selamat membeli belah, selamat buat n beli kuih raya, dan selamat buat ibadah.. Semoga hidup kita semua diberkati Allah s.W.T.. Amiin :)

I love them so much..!