Tuesday, February 15, 2011

Maulidur Rasul: Sebuah pengertian besar buat diriku dan umat Islam..~

Assalamualaikum dan salam sejahtera.., diharap anda semua berada dalam keadaan sihat dan dilindungi Allah S.W.T. hendaknya.. Sebelum itu aku ingin mengucapkan selamat menyambut serta memperingati hari ulangtahun kelahiran junjungan besar Nabi kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W. (Alhamdulillah)

Aku begitu sebak ketika menonton rancangan Jejak Rasul di TV3 pagi tadi... Ia menceritakan tentang kepayahan serta cabaran yang amat getir dalam mengembangkan agama Allah yang suci lagi mulia ini.. Susah untuk aku gambarkan jika aku hidup di zaman tatkala manusia dalam kesesatan serta kejahilan agama.., bagaimana untuk menjalani hidup sehari-hari kerana tiada sinar kebenaran untuk memandu aqidah diri masing-masing.

Tetapi aku tetap bersyukur kerana aku dilahirkan sebagai seorang Muslim dan akan mencuba yang terbaik untuk menjadi umat Nabi Muhammad di akhir zaman ini.. Cabaran yang mendatang bukan mudah.. Cuma doa serta iman dan hati yang cekal dapat mengharungi hidup yang luas tanpa sempadan ini..

Semoga dengan sambutan Maulidur Rasul pada kali ini, aku berharap untuk menjadi lebih matang serta fikir jauh ke hadapan dalam memastikan matlamat hidup aku menjadi seorang Muslim yang baik di sisiNya akan diredhai... Selawat ke atas Nabi sebagai hadiah buatmu.., walaupun kita tidak pernah bersua muka.., namun peribadimu sentiasa ku junjung tinggi.. Ku doakan kesejahteraan rohmu di alam sana.., Semoga Islam memperolehi kemenangan suatu hari nanti.. InsyaAllah..~

                                                                "Penghibur hatiku diwaktu duka"