Saturday, February 12, 2011

Hargai Teman-teman anda seadanya~

Hari minggu adalah masa yang paling sesuai untuk dihabiskan bersama teman-teman atau  pun bersama ahli keluarga tersayang... Biasanya bila sampai waktu hujung minggu.., kawan2 adalah tempat utk melepaskan tekanan perasaan, tidak kiralah sama ada masalah kerjaya atau pun masalah dalam kehidupan seharian... Adalah sangat penting untuk mempunyai rangkaian sistem sokongan yang kuat supaya moral diri kita tidak mudah jatuh apabila menghadapi masalah dalam kehidupan...

Minggu nie aktiviti sepenuh masa aku dihabiskan sepenuhnya dengan kelas latihan keselamatan.. Dan untuk tempoh tiga minggu selanjutnya.., aku dan rakan-rakan akan menghabiskan masa menimba ilmu mengenai keselamatan yang perlu diamalkan serta dipraktikkan apabila bekerja di awan biru nanti... (maaflah sekiranya entry minggu ini berbahasa Malaysia.. P/S: saya bangga jadi rakyat Malaysia!!~) Alhamdulillah., aku lulus peringkat pertama subjek keselamatan.., seiring dengan matlamat aku utk lulus dengan cemerlang dalam setiap subjek.. :)

Aku juga telah mendapat khabar berita yang ayah aku akan berkahwin lagi... Tapi sebagai seorang anak, aku sentiasa akan mendoakan kebahagiaan serta kesejahteraan dia dan "orang baru" dalam hidupnya nanti. Tapi yang membuat aku berkecil hati sedikit adalah cara ayah ingin berterus terang dengan anak2 mengenai hasratnya itu.., Sampai ke hari ini aku tidak mendengar pengakuan dari mulutnya tentang perkahwinannya.. Lagi satu persoalan; yang membuat aku hilang hormat terhadap "orang2 senior nie" adalah pakcik2 aku.. macam xkena gaya je apabila nak jadi orang tengah untuk beritahu kami tentang perkara tersebut.. So unprofessional~ Sorry to say but it's the truth... Apa-apapun.., selamat berbahagia... :)

Aku nak bertanya satu soalan.., mungkin peribadi tapi korang semua pun xkan nak ambil tahu.., Adakah mejadi satu masalah besar jika seseorang yang berbangsa Melayu ingin menjadikan pasangannya dari bangsa lain sebagai teman hidup mereka..? Bagi aku.., Aku berkecenderungan untuk merasai pengalaman seperti itu suatu hari nanti... (kalu dapat la kan).. Bukan suatu isu besar, tetapi kesediaan untuk menghadapi segala cabaran yang mendatang.. Banyak rintangan yang perlu dihadapi.. Jika anda, bagaimana? :)

Aku rasa bersyukur sangat minggu nie sebab semalam (jumaat) kawan-kawanku semasa di universiti dahulu.., telah mengaturkan satu gathering dinner yang sangat sempoi!~ Dan aku bersama rakanku diraikan.. Gembira tak terkata.. Cuma aku boleh ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi meraikannya bersama2... Bak kata orang.., teman bergelak ketawa mudah dicari.., tetapi teman bersedih dan bersusah payah dicari.., Jadi, hargai teman2 anda seadanya kerana mereka adalah "harta hubungan" sesama kita... Calos amigos~ nanti aku sambung lagi~~


"Bukan mudah nak cari kawan yang boleh memahami"