Bulan nie dah masuk bulan Disember.., Minggu depan hari selasa kita akan menyambut tahun baru Hijrah 1432.. Semoga dengan masuknya tahun baru ini akan memberikan sebuah pengharapan dan kebaikan kepada diri kita semua.., InsyaAllah..
Perjalanan hidup aku berjalan seperti biasa.., mengenali berbagai-bagai jenis manusia baru dalam hidup.., tetapi aku tidak akan menyalahkan takdir yang telah ditentukan kepada diriku ini.. kerana aku yakin Allah sedang menguji setiap hambanya..
Ada kalanya sesuatu yang aku rancang tidak mengikut dengan apa yang telah terjadi.. Pengalaman hidup bagi tahun 2010 ini sangat banyak mengajar aku tentang kehidupan yang tidak akan pernah sepi dari ujian Allah..
Allah Maha Mengetahui akan setiap sesuatu kejadian yang terjadi.. Kita sebagai hambaNya perlu rasa yakin, beriman serta bertaqwa kepada Allah.. Allah sayangkan kita..
Aku cuma berharap dengan melalui tahun hijrah yang baru ini akan menjadikan diriku lebih matang serta terbuka akan setiap sesuatu yang dilimpahkan kepada diri ini.. Salam Maal Hijrah 1432!~ AllahuAkbar..~