Friday, December 24, 2010

Menyendiri lebih baik...

Aku adalah cuma seorang manusia biasa yang tidak sempurna sifatnya.. Akan melakukan kesilapan dalam meniti liku-liku kehidupan seharian.. tetapi aku tetap akan bangun dan terus berazam untuk mencapai cita-citaku untuk berjaya..

Ada orang pernah berkata.., "kalau nak berjaya dalam hidup nie.., salah satu perkara perlu dikorbankan atau diketepikan".. Aku membuat keputusan untuk diriku kerana hidup ini adalah seperti roda yang berputar.., sebaik mendapat peluang untuk menaiki roda itu ke bahagian atas.., jangan teragak-agak untuk menaikinya.. jika aku meninggalkan peluang itu.., hidup aku mungkin tetap sama dengan seperti dahulu..

Biarkan apa kata-kata orang mengenai aku.., membenci, mencaci, menghina.. aku adalah aku... banyak lagi yang harus aku tempuhi dalam hidup ini...

Bertemu dan berpisah adat manusia.., jangan mencari jika tidak meminta., kerana yang diminta akan kecewa akhirnya... Salam seribu maaf dariku untukmu.., ku harap kau dapat memaafkan aku.. biarpun tersemat seribu kebencian ke atas diriku.. Akan sentiasa ku doakan kejayaanmu dan kebahagiaan dalam hidupmu.., walaupun tidak lagi bersamaku..

Akan tetap ku melangkah.., setapak demi setapak untuk menggapai awan tinggi dan membahagiakan keluargaku.. Iringian doa dari anda semua pinta hatiku.., supaya diriku tidak menyimpang jauh dari landasan yang lurus.. Tetapkan hati., mara ke hadapan dan jangan mundur lagi..~