Tuesday, November 23, 2010

Terbang jauh..

Pagi selasa...,

Perasaan diriku sangat bercampur baur.., suka.., duka.., rimas.., lemas.., dan macam-macam lagi.., Aku perlu kekuatan diri untuk Aku terus menghadapi cabaran hidup ini dengan lebih tabah dan sabar..

Mungkin perilaku diri Aku sangat mengelirukan sesetengah orang.., tetapi percayalah.., Ku lakukan semua ini adalah untuk kebaikan bersama walaupun Aku tidak tahu apa kesudahannya nanti..

Hidup ini tidak semudah yang disangka. Ada masih banyak liku-liku kehidupan yang masih perlu dilalui mahupun ianya datang dari pelbagai arah... Aku tidak mahu melukakan hati sesiapa.. Aku punya hati.. Jika ditakdirkan bersama., bersama jua nanti.. jika diizinkanNya.. Maaf kupinta dari diriku yang tidak sempurna ini..

Akan ku cuba untuk menghindarkan fobia ini..... Cuma cepat atau lambat yang menjadi penentunya..

"Aku sentiasa menyayangimu.."

Semoga Allah S.W.T. merahmati kita semua. InsyaAllah..~