Apabila kita berbicara tentang persahabatan.., sejauh mana kita faham mengenai erti persahabatan itu sendiri..?? Aku sendiri melalui fasa atau liku2 perit dalam bersahabat.. macam-macam perangai manusia yang aku jumpa... ada yang baik dan ada juga yang ingin bersahabat cuma untuk kepentingan peribadi..
Jadi.., sejauh mana kita boleh menilai ketulusan sesebuah persahabatan itu..? Sebenarnya ia hanya dapat dinilai melalui saat-saat susah senang masa bersama-sama.. Tetapi akhir-akhir ni berlaku sedikit krisis salah faham dalam persahabatan antara diriku dan "mereka"... Tetapi.., aku mengaku akan kesilapan yang dilakukan dan aku tidak mahu persahabatan yang terbina selama lebih kurang lapan tahun akan berkubur begitu sahaja..
Mungkin suatu ketika dahulu, persahabatan aku boleh dikatakan sebagai "sahabat rapat".., bergelak ketawa.., menangis bersama-sama dan saling menyokong antara satu dengan yang lain jika salah seorang dari kami rebah.. Akan tetapi.., peredaran masa yang merubah segalanya.. Manusia berubah menjadi bertambah matang.., Kesibukan bekerja menjadi penghalang kepada masa berkualiti untuk dihabiskan bersama sahabat-sahabatku..
Mungkin dalam tanpa disedari.., persahabatan yang dahulu dikatakan "akrab" kini telah tidak menjadi seperti dahulu.., Bukan berkecil hati atau apa.., cuma aku ingin lebih memahami sifat-sifat kematangan dalam diri sahabat-sahabatku.. Tidak akrab bukan bermaksud telah jauh hati dalam persahabatan.. Cuma ianya menguji kita untuk lebih prihatin dengan apa yang sedang dan telah berlaku kepada diri kita..
Salah faham telah pun diatasi dengan bantuan rakanku yang sentiasa memerhati dan menyayangi persahabatan ini. Aku berdoa dan berharap agar keadaan dapat kembali seperti biasa walaupun tidak seakrab dahulu... Hanya memori2 indah bersama-sama sahabat ketika waktu belajar di universiti dahulu yang dapat membuat kita menghargai nilai sesebuah persahabatan itu..
I really missed those days.. I missed u guys.. Be wise, be yourself.. to be continued...