Friday, October 29, 2010

Minggu Yang Begitu Hujan...

Mengikut kepada perkiraan aku, blog entree aku yang lepas adalah di dalam bahasa Inggeris.. Akan tetapi.., kali ni aku berbalik semula kepada bahasa ibundaku yang tercinta, iaitu Bahasa Malaysia.. hehee :)

Lama jugak laa rasanya tidak duduk berjam-jam di rumah sambil menghadap PC kepunyaan bapaku ini... Sambil membaca blog-blog yang disukai.., dan tidak lupa juga menulis di blog sendiri... Cewah!

Dalam sedar x sedar.., cuaca di KL sejak dua tiga minggu lepas memang panas dan bahang saja,.. Nak dapat hujan lari pun susah... Aku pun sampai ke tahap tidur waktu malam pun berlengging laa.. Dan sepanjang waktu tersebut banyak dugaan dan rintangan yang terpaksa dihadapi oleh diriku ini...

Cuma ada perbezaan yang berlaku pada minggu ini ialah.., pertama., hujan turun tanpa mengira masa sama ada pada malam hari mahupun di siang hari... Ada para Ustaz yang memberikan ceramah pernah berkata.. jika kita ingin doa kita terus didengar Allah dan naik ke langit.., ialah pada ketika turunnya hujan. Salah satu cara untuk kita berkomunikasi dengan lebih baik, khusyuk dan untuk lebih dekat denganNya.. ada seorang sahabatku pernah berpesan kepadaku.., Doa itu adalah senjata. Senjata di sini bermaksud keteguhan iman kita terhadap kekuasaan serta ketentuan Allah S.W.T.. Kepada muslimin dan muslimat di luar sana yang belum pernah mencubanya, silalah cuba ya! Tidak salah jikalau kita cuba untuk berdoa pada ketika hujan turun, jikalau sesuatu permintaan kita agak lambat dimakbulkan Allah.. Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa kita sebenarnya tidak pernah berputus harap dengan Allah dan senantiasa mengharapkan belas ihsan dariNya..

Nampaknya sudah ada jalan-jalan keluar bagiku untuk mendapat rezeki dari jalan yang tidak ku sangka-sangka.. Mudah-mudahan perjalanan hidup ini diberkati.. Amiin..

Banyak cerita-cerita mengenai perihal manusia yang aku dengar sejak akhir-akhir ini.. Antara yang menarik perhatianku adalah mengenai Si Ibu dan keluarga tidak sanggup untuk menjaga zuriat mereka sendiri.., di atas alasan tidak mampu untuk menjaga serta menganggap anak-anak adalah beban kepada mereka.., kedua-dua kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa ini ditolak ke sana dan ke mari seperti bola yang tidak tahu arah tujunya... Aku sedih melihat perilaku manusia yang sudah tidak boleh menilai di antara wang ringgit dan pahala yang dijanjikan Allah kerana membela zuriat sendiri.. Anak-anak adalah sebagai amanah dari Allah S.W.T. yang perlu dijaga dengan penuh rasa kasih sayang dan tanggungjawab... Bukan dilayan seperti pendatang asing tanpa izin.. makan pakai mereka serta kebajikan diri mereka perlu dijaga juga... Kepada yang berkenaan.., diharap anda-anda yang di luar sana boleh menginsafi serta menyesali di atas perbuatan kamu itu.

Okay, habis bab orang lain.., ni pasal diri aku  pulak.. korang pernah terasa x jika nama korang tersama atau memang sama dengan nama artis..? Ke mana- mana sahaja pun korang pergi.., pasti akan ada orang-orang yang menjadikan nama itu sebagai bahan gurauan.. Sebagai contoh.., ke mana sahaja aku pergi dan di sana sini.., pasti akan ada orang yang ingin aku perkenalkan diri.., yang begitu teruja untuk perkenalkan diri bukannya diriku sendiri.., tetapi orang sekeliling aku yang dah tahu dulu nama penuh aku... (thanks to Abah).. Bagi aku.., aku x kisah sangat asalkan dapat memberi kesenangan kepada hati orang lain dan aku juga boleh menggembirakan hati mereka dalam cara yang mereka sendiri tidak perasan... hehee.. walaupun aku hanya tumpang glemer orang.., sekurang-kurangnya aku memberikan impak imej yang terbaik kepada orang sekelilingku...

Minggu hadapan ada 'sesuatu' yang bakal menantiku.. Aku berdoa dan berharap agar 'sesuatu' itu akan memberi jalan keluar bagiku.. Nanti aku akan sambung lagi kesudahannya.. Selamat berhujung minggu.. jumpa lagi.. Calos!!~

P/S: Selamat Hari Lahir Nur Alya Sofea..