Friday, October 29, 2010

Minggu Yang Begitu Hujan...

Mengikut kepada perkiraan aku, blog entree aku yang lepas adalah di dalam bahasa Inggeris.. Akan tetapi.., kali ni aku berbalik semula kepada bahasa ibundaku yang tercinta, iaitu Bahasa Malaysia.. hehee :)

Lama jugak laa rasanya tidak duduk berjam-jam di rumah sambil menghadap PC kepunyaan bapaku ini... Sambil membaca blog-blog yang disukai.., dan tidak lupa juga menulis di blog sendiri... Cewah!

Dalam sedar x sedar.., cuaca di KL sejak dua tiga minggu lepas memang panas dan bahang saja,.. Nak dapat hujan lari pun susah... Aku pun sampai ke tahap tidur waktu malam pun berlengging laa.. Dan sepanjang waktu tersebut banyak dugaan dan rintangan yang terpaksa dihadapi oleh diriku ini...

Cuma ada perbezaan yang berlaku pada minggu ini ialah.., pertama., hujan turun tanpa mengira masa sama ada pada malam hari mahupun di siang hari... Ada para Ustaz yang memberikan ceramah pernah berkata.. jika kita ingin doa kita terus didengar Allah dan naik ke langit.., ialah pada ketika turunnya hujan. Salah satu cara untuk kita berkomunikasi dengan lebih baik, khusyuk dan untuk lebih dekat denganNya.. ada seorang sahabatku pernah berpesan kepadaku.., Doa itu adalah senjata. Senjata di sini bermaksud keteguhan iman kita terhadap kekuasaan serta ketentuan Allah S.W.T.. Kepada muslimin dan muslimat di luar sana yang belum pernah mencubanya, silalah cuba ya! Tidak salah jikalau kita cuba untuk berdoa pada ketika hujan turun, jikalau sesuatu permintaan kita agak lambat dimakbulkan Allah.. Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa kita sebenarnya tidak pernah berputus harap dengan Allah dan senantiasa mengharapkan belas ihsan dariNya..

Nampaknya sudah ada jalan-jalan keluar bagiku untuk mendapat rezeki dari jalan yang tidak ku sangka-sangka.. Mudah-mudahan perjalanan hidup ini diberkati.. Amiin..

Banyak cerita-cerita mengenai perihal manusia yang aku dengar sejak akhir-akhir ini.. Antara yang menarik perhatianku adalah mengenai Si Ibu dan keluarga tidak sanggup untuk menjaga zuriat mereka sendiri.., di atas alasan tidak mampu untuk menjaga serta menganggap anak-anak adalah beban kepada mereka.., kedua-dua kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa ini ditolak ke sana dan ke mari seperti bola yang tidak tahu arah tujunya... Aku sedih melihat perilaku manusia yang sudah tidak boleh menilai di antara wang ringgit dan pahala yang dijanjikan Allah kerana membela zuriat sendiri.. Anak-anak adalah sebagai amanah dari Allah S.W.T. yang perlu dijaga dengan penuh rasa kasih sayang dan tanggungjawab... Bukan dilayan seperti pendatang asing tanpa izin.. makan pakai mereka serta kebajikan diri mereka perlu dijaga juga... Kepada yang berkenaan.., diharap anda-anda yang di luar sana boleh menginsafi serta menyesali di atas perbuatan kamu itu.

Okay, habis bab orang lain.., ni pasal diri aku  pulak.. korang pernah terasa x jika nama korang tersama atau memang sama dengan nama artis..? Ke mana- mana sahaja pun korang pergi.., pasti akan ada orang-orang yang menjadikan nama itu sebagai bahan gurauan.. Sebagai contoh.., ke mana sahaja aku pergi dan di sana sini.., pasti akan ada orang yang ingin aku perkenalkan diri.., yang begitu teruja untuk perkenalkan diri bukannya diriku sendiri.., tetapi orang sekeliling aku yang dah tahu dulu nama penuh aku... (thanks to Abah).. Bagi aku.., aku x kisah sangat asalkan dapat memberi kesenangan kepada hati orang lain dan aku juga boleh menggembirakan hati mereka dalam cara yang mereka sendiri tidak perasan... hehee.. walaupun aku hanya tumpang glemer orang.., sekurang-kurangnya aku memberikan impak imej yang terbaik kepada orang sekelilingku...

Minggu hadapan ada 'sesuatu' yang bakal menantiku.. Aku berdoa dan berharap agar 'sesuatu' itu akan memberi jalan keluar bagiku.. Nanti aku akan sambung lagi kesudahannya.. Selamat berhujung minggu.. jumpa lagi.. Calos!!~

P/S: Selamat Hari Lahir Nur Alya Sofea..  

Friday, October 22, 2010

My English version... Struggle to survive..

It's been a tiring week for me.., with the job hunting and also some other minor issues with my life.. As in general.., people would tend to see from different aspects if a person faced some challenges in life.., they would think on how are these people will counter it back or they just don't bother about it at all.

To me.., if I really wanted to do something so badly but by the end of the day it's just does not make any breakhrough.. I will feel so bad about myself.., but it won't stop me from put my head up again and facing the challenges again and again until i give up.. in which I won't.. Sigh..

I believe that it is the part for my life that I will end up with but I just don't want to think about it too often.., But as a normal human being.., you cannot escape from the questions that keeps on playing in your mind.., about what will happen next or.., can you see things that others find, it was hard to do, but you actually can really do it.. I believe in myself that I'm different and unique from others.., and I'm very certain that some of you out there also have the same feelings as mine..

It's like when u loved to do something very passionate about it., you won't simply leave your interest just like that.., I mean.., it applies to every aspects in life., life, hobbies, work., friends, networking., even with your superior or your colleague at work.. these elements are an asset to you that can change or make huge differences with one's life.

For instance, I loved to play futsal very much as I did mention in my earlier entree about what if I just quit from playing futsal due to my injury.. When I think about it over and over again.., how cruel am I to myself that I have the intention to do such thing with my life..? (quitting from futsal). Then I realised that quitting from something that I really love to do is something irrelevant. It's like u used to ride a bicycle on your daily recreational activity, but all of a sudden you just want to quit from it and playing golf instead.. It would be a lying statement completely to myself...

Moral of the story is that.., do what you really want to do with your life.., no one will gonna judge you because it's your life.. because no one will bother about you either.. cherish your moment with the ones that you really love.., care and even respect you for who you are..

Life is full of ups and downs.. It's like the wheel.. Well, I guess this 2010 year is the toughest year I've ever been thru (for 26 years) in my entire life.. Enjoy your life to the fullest.., Never regret of what you are doing or what you have done because the experience you'll get is the best teacher in the world.. But of course, think first before you make your wise decision.. I live my life.., yours too..   

Tuesday, October 12, 2010

Persahabatan.. Sebuah perjalanan hidup..

Apabila kita berbicara tentang persahabatan.., sejauh mana kita faham mengenai erti persahabatan itu sendiri..?? Aku sendiri melalui fasa atau liku2 perit dalam bersahabat.. macam-macam perangai manusia yang aku jumpa... ada yang baik dan ada juga yang ingin bersahabat cuma untuk kepentingan peribadi..

Jadi.., sejauh mana kita boleh menilai ketulusan sesebuah persahabatan itu..? Sebenarnya ia hanya dapat dinilai melalui saat-saat susah senang masa bersama-sama.. Tetapi akhir-akhir ni berlaku sedikit krisis salah faham dalam persahabatan antara diriku dan "mereka"... Tetapi.., aku mengaku akan kesilapan yang dilakukan dan aku tidak mahu persahabatan yang terbina selama lebih kurang lapan tahun akan berkubur begitu sahaja..

Mungkin suatu ketika dahulu, persahabatan aku boleh dikatakan sebagai "sahabat rapat".., bergelak ketawa.., menangis bersama-sama dan saling menyokong antara satu dengan yang lain jika salah seorang  dari kami rebah.. Akan tetapi.., peredaran masa yang merubah segalanya.. Manusia berubah menjadi bertambah matang.., Kesibukan bekerja menjadi penghalang kepada masa berkualiti untuk dihabiskan bersama sahabat-sahabatku..

Mungkin dalam tanpa disedari.., persahabatan yang dahulu dikatakan "akrab" kini telah tidak menjadi seperti dahulu.., Bukan berkecil hati atau apa.., cuma aku ingin lebih memahami sifat-sifat kematangan dalam diri sahabat-sahabatku.. Tidak akrab bukan bermaksud telah jauh hati dalam persahabatan.. Cuma ianya menguji kita untuk lebih prihatin dengan apa yang sedang dan telah berlaku kepada diri kita..

Salah faham telah pun diatasi dengan bantuan rakanku yang sentiasa memerhati dan menyayangi persahabatan ini. Aku berdoa dan berharap agar keadaan dapat kembali seperti biasa walaupun tidak seakrab dahulu... Hanya memori2 indah bersama-sama sahabat ketika waktu belajar di universiti dahulu yang dapat membuat kita menghargai nilai sesebuah persahabatan itu..

I really missed those days.. I missed u guys.. Be wise, be yourself.. to be continued...

Monday, October 4, 2010

Minggu yang mencabar buat diriku...

Aku tidak mengerti.. setiap kali aku ditimpa sesuatu musibah atau dugaan dari Allah Yang Maha Kuasa.., aku hanya mampu tunduk sambil berdoa supaya aku dapat menghadapi segala dugaan yang berat ini..

Tidak adil bagi aku untuk membeza-bezakan dugaan terhadap orang lain adalah kurang, dan dugaan untuk diriku adalah lebih.. itu namanya pentingkan diri.. Hakikatnya Allah S.W.T. hanya akan memberikan ujian yang lebih hebat dan lebih berat kepada seseorang hambanya jika seseorang hamba itu memang boleh mengharungi segala ujian serta dugaan tersebut dengan tabah dan sabar... Dan Maha Suci Allah lebih mengetahui setiap tahap kekuatan hamba2nya untuk menghadapinya..

Aku hanyalah seorang hamba Allah yang senantiasa memerlukan panduan dan hidayah dariNya.., agar aku tidak tersimpang dari jalanNya yang lurus.. Aku memohon kekuatan serta keimanan yang tinggi agar aku dapat menjadi seseorang yang lebih hampir kepadaNya. Maafkan diriku jika aku terpaksa melalui liku2 hidup yang penuh berduri..

Ramai orang berkata yang.., setiap ribut petir dan taufan yang mendatang kepada diri kita.., sebenarnya Allah ingin menghadiahkan kita dengan pelangi2 yang indah serta taman2 yang menyenangi mata kita, hanya setelah kita berjaya mengharunginya dengan tabah dan penuh kesabaran..

Hidup ini penuh dengan teka-teki yang penuh misteri.., Cuma aku boleh berdoa agar jalan yang dipilih untuk menyelesaikan teka-teki kehidpuan ini diberkati olehNya.. InsyaAllah..

Sesungguhnya jika tertutup sebuah pintu buat kamu.., maka akan ada sebuah pintu lain yang akan terbuka buatmu... Jadi berbahagialah... Wassalam..