Friday, August 27, 2010

Minggu ketiga berpuasa... Kerinduan bertandang..

Hari nie hari Nuzul Qur'an.., sangat berkat.., memang baik utk keseluruhan umat sekalian alam.., Aku sebagai hambanya menadah tangan kesyukuran kerana masih diberi kesempatan untuk melaksanakan ibadat..

Minggu nie merupakan minggu terakhir aku bersama2 dengan rakan2 batch aku sebelum kitorang dihantar ke division masing... Ape yang aku rakamkan perasaan aku di sini aku merasa sangat sedih dan syahdu sebab lepas nie susah sket la nak bergelak ramai-ramai dalam satu tempat.., Tapi itulah namanya kehidupan.. Setiap pertemuan pasti ada perpisahannya.., Sob sob..

Kaki kiri aku beransur baik.. dan merasakan yang harapan nak berjalan dengan betul masa raya nie ade.. :) Aku mula merasakan dengan kehadiran "si dia" ke dalam hidup aku telah menjadikan diriku lebih matang dalam mengendalikan kehidupan seharian dan memahami dirinya seadanya walaupun ada kalanya aku terpaksa bersedia dengan tingkah lakunya yang aku sendiri xfaham.. Orang perempuan je yang faham kowt... Women..?? what do you expect?? Complicated as it is... hee~~ tapi sunyi kalu tiada orang perempuan dalam hidup seorang lelaki... bukan apa beb.., teman berbicara tu penting untuk proses kematangan diri yang lebih cepat..

Baju raya x beli lagi nie.., tunggu gaji baru la dapat shopping!!! heheh~~  emm, Semalam masa sesi emotional intelligence / kongsi pengalaman hidup., pertama kali dalam hidup aku, aku menangis di hadapan rakan-rakan seperjuangan disebabkan oleh peristiwa pahit melanda hidupku.., iaitu pemergian Arwah ibuku ke rahmatullah pada tahun 2009.. Trainer tu cakap luahkan apa sahaja yang dirasakan perlu bagi melepaskan apa yang dipendam oleh diriku.. Aku hanya punya satu.. iaitu rinduku kepada arwah ibuku yang tidak akan pernah padam..., tapi dek kerana sebab aku dah mula menangis.., yang lain pun ikut menangis.. sebak... Hanya doa yang ikhlas dari anak yang soleh dapat dipohon supaya rohnya dicucuri rahmat dan dilindungi Allah S.W.T... Aku merinduimu wahai Ummi..

Tuesday, August 24, 2010

Kepulihan dari kecederaan...

Seperti yang anda semua sedia maklum.., Aku telah pergi melakukan X-ray di hospital untuk mengetahui status kaki kiriku ini.., dan setelah diperiksa oleh doktor., dan aku sendiri melihat hasil imbasan dari xray tersebut.., didapati bahawa kakiku tidak terdapat keretakan ataupun patah dalam.. Syukur kepada Allah S.W.T. 

Tp terdetik dalam hati nie berkata bahawa sudah sampai masanya untuk aku kurangkan aktiviti bermain bola/futsal nie.. Walaupun ianya merupakan salah satu hobi aku yang paling aku enjoy selama nie.., tetapi ada perkara yang terpaksa aku korbankan demi yang terbaik untuk diri aku.. Mungkin lepas nie leh main badminton ke, bowling ke.., galah panjang kew... heheh!

Tapi sedih sikit la sebab xdapat nak pi buat terawih berjemaah kat surau area umah aku.., mana x nye.., kaki dah terhencut-hencut.., pastu kena main teng teng lagi.., agak sukar dan membataskan pergerakan aku nie.. InsyaAllah kalu ade masa lepas aku baik nanti (agak2 dalam seminggu la).., aku cover balik...

Terima kasih yang tidak terhingga kepada kawan2 yang sudi bersimpati dan ambil berat pasal diri aku nie.. "Si Dia" pun sangap bila aku dapat MC dua hari dan tiada di pejabat.. ujian bulan puasa la katakan.. hee~~

Setakat pagi ni.., aku dah boleh berjalan guna kedua2 belah kaki.., tapi masih perlahan-lahan.. buku lali masih bengkak.. Nak berbuka puasa ngan kawan2 xtau lagi bila la masa yang sesuai atau boleh ditetapkan.. Aku pun menunggu juga panggilan pulau dari mereka-mereka nie.. apa-apa pun, aku harap anda semua sihat sejahtera hendaknya... Adios.. "Hai selamat hari raya..., kami semua ucapkan...." aiyooo... :)

Sunday, August 22, 2010

Kecederaan..

Semalam aku pergi main futsal dengan kengkawan sekolah lama aku.., aku ingat nak main futsal macam biasa la.., Akan tetapi diorang pun main aggresif juga la malam semalam..

Aku nie jenis yang tidak boleh main perlahan je.., mesti nak challenge gak.., Nak dijadikan cerita.., masa aku tengah main bola, ada la seorang mamat nie bawak bola macam haram.., lepas tu aku macam nak challenge/body contact sikit je... Tapi kaki aku tersangkut kat celah kaki dia.., Keletuk! bunyi satu kali sudah keluar dari buku lali aku.. 

Terus aku tak boleh nak berdiri tegak.., impak dia Tuhan sahaja yang tahu..., Nasib baik la kengkawan lain papah aku keluar court.. Nie pun kaki tengah berbungkus dengan pembalut kain.. Esok bapak aku nak bawa aku pergi X-ray kat hospital.., Kalau patah dalam.., kena simen la gamaknya.., Tapi, kalau seliuh.., aku kena pergi berurut la..

Silap aku.., dan mungkin aku akan berehat panjang untuk musim 2010 nie.., mungkin tahun depan baru aku boleh main bola lagi.., Tapi kalau doktor cakap "lupakan saja hasrat awak nak bermain bola lagi", maknanya aku akan menggantung kasut futsal aku buat selama-lamanya... Ouuuchhh!!! Sakit mencucuk-cucuk nie.. Roger and out!  

Saturday, August 21, 2010

Siri 2:Bulan Puasa...

Assalamualaikum kawan2?.., Apa khabar anda semua..? Aku harap semuanya berada dalam keadaan sihat hendaknya ye.. Hemm, setelah seminggu berpuasa dan nak masuk minggu kedua puasa nie aku merasakan ia membawa sebuah pengertian baru dalam hidupku..

Nak tahu kenapa x..? Sebabnya adalah kerana rakan2 sekerja aku semuanya dah seperti ahli keluargaku sendiri.., tiga minggu kami bersama tetapi banyak yang aku pelajari untuk mengenal sifat dan peribadi masing2.. Aku dah mula sayang mereka..

Seminggu nie memang aku takde masa langsung nak menulis kat blog disebabkan oleh tugasan serta perbincangan secara kritis yang diberi oleh trainer kami.. Banyak ilmu yang aku belajar dalam mempersiapkan diriku untuk realiti pekerjaan yang sebenar... Dan aku telah menemui dua ciri2 istimewa dalam diriku yang aku sendiri tidak pernah menyangka yang selama ini aku mempunyai kebolehan itu.., Berkarisma dan kepimpinan.., dua ciri2 yang dinilai oleh rakan2 sekerja ku.., Selepas ini aku tidak akan menoleh ke belakang untuk melihat masa laluku.. Aku bertekad untuk mencapai matlamat hidupku untuk berjaya suatu hari nanti.., InsyaAllah.. ;)

Akan tetapi., apa yang aku sangat puas hati adalah kerana aku telah dapat membantu rakan2ku yang lain untuk menonjolkan potensi diri serta karektor kepimpinan mereka yang sebenar (dalam erti kata mereka dapat menjadi pemimpin untuk diri mereka sendiri).. dan ternyata diri mereka adalah sama hebat dengan bangsa2 lain yang bijak pandai.. aku merasa bersyukur kerana dipertemukan dengan mereka.

Dah jodoh aku agaknya.., dipertemukan dengan seorang insan yang bernama "wanita".., masih lagi mengenali hati budi masing-masing.. dia nie sweet., chinese look.., comel.. Opps! Setoppp!! xleh citer banyak2.. nanti korang bosan pulak..

Aku merindui rakan-rakan mass comm ku semasa belajar dulu2.. teringin pula nak berbuka puasa dengan mereka.., dah lama rasanya x merasa perasaan riuh rendah budak2 faunaz.. kalau ade rezeki berjumpalah kami nanti..

Minggu nie punya solat terawih macam banyak kali juga yang terlepas dek kesibukan bekerja.., ye la., baru masuk kerja la katakan..? ;) tak pe, minggu depan ade masa untuk aku pulun semua hari yang ada untuk cover mana2 yang tertinggal.. hehehe ;)

Baju raya aku xbeli lagi.., tapi rasanya macam nak beli seluar raya je.., pakai baju melayu tahun lepas je kot.. almaklumlah.., baru je nak "bernafas" kembali... hahaaa.. aku pun dah mula hilang suara disebabkan oleh musim batuk sekarang ni...

Apa yang penting.., aku kena fokus dengan apa yang aku nak capai dalam hidup aku.. Doa pun kena la seiring., betul x? tu je la aku nak coret kat blog kali nie.. Selamat berpuasa, selamat membeli belah, selamat buat n beli kuih raya, dan selamat buat ibadah.. Semoga hidup kita semua diberkati Allah s.W.T.. Amiin :)

I love them so much..!

Sunday, August 15, 2010

Ramadhan=Puasa....

Semekom semua.., aku harap korang dalam keadaan yang sihat lagi dilindungi Allah. Bersempena bulan ramadhan yang mulia nie.., aku nak la jugak amik kesempatan untuk ucapkan selamat berpuasa dan kalu boleh korang bagi komitmen 110% untuk bulan nie ek sebab bukannya selalu nak jumpa bulan yang dimuliakan nie..

Puasa..,
Bila orang sebut pasal puasa je mesti diorang kata kena jaga diri dari makan.., tapi hakikatnya kita kena jaga diri dari semua aspek kehidupan.. Walaupun aku nie x sempurna mana.., mana2 input berguna yg aku pernah experience aku share la ngan korang. Kalu boleh la kan.., bulan puasa tu kita cuba buat lain sedikit layanannya dari bulan2 yang lain.. Bukan apa, apa yang aku perhatikan semenjak, dua menjak, tiga menjak nie..,(tiru ayat nabil raja lawak sket).., orang2 kita la khususnya yang seusia dan sekapal ngan aku nie.., macam xleh nak bezakan antara bulan biasa ngan bulan ramadhan... Bak kata omputih la kan.., "Whatever that starts must have the end of it". Jadi kepada semua kawan2ku yang aku sayang sangat.., inilah masanya untuk berubah.., kalu x banyak pun sikit pun jadilah labu....

Buka puasa..,
Aku paling suka part nie.., hahahaa sebab ape.., boleh makan ape yang kita mau.., tapi aku nie jenis suka "ambil bau saja" pun dah kenyang.. (tipu je). Kalu boleh bila masuk minggu pertama bulan puasa tue.., adalah sangat baik kiranya kalu korang termasuk aku skali dapat berbuka puasa dengan ahli keluarga.. Berkatnya buka puasa bersama famili nie Walaweh! sangat banyak beb... Silaturrahim pun bertambah erat. Haa., korang yg merantau cari rezeki kat kl nie.., kalu ade masa.., shoot je balik kampung masa weekend.., waktu terbaek nak surprise family korang..

Minggu pertama aku berpuasa..,
Rasa seronok dapat berpuasa lagi.., Tambahan pulak dapat kenal dengan "orang baru"..  lagi bersemangat pakcik nak berpuasa.. emm :) Cuma rasa sebak sket sebab dah setahun arwah ummi aku pergi meninggalkan kami sekeluarga.., Abah aku pulak makin kewl..., semalam kitorang pi jenjalan kat Jalan TAR.., dia punya la ligat berjalan shopping sampai kitorang adik beradik yg bujang nie (ehem ehem) tercungap2 gak la nak kejo dia nie.. abis tu ble aku bangun sahur pagi tadi.., bapak aku nie sibuk urut kaki ngan minyak urut.., aku tanye la "Bah., apesal urut kaki tue?" dia pun lantas menjawab.., "nie penangan jalan siang tadi la..". hah! kelakar la pulak.., ye la enjin lama x overhaul.., tu yang berkarat tue.. tapi aku geli hati gak laa.. 

Akhir kata..,
moh le kita raikan bulan puasa nie dengan sebaik mungkin.., bukan ape beb.., nyawa kita nie ble2 je leh ditarik balik.. So., timbang2kan la ek.. haaa., nanti akan ada siri kedua pasal puasa.., kalu ade kejadian lucu akan ku update kat korang sume wokeh..!! Calo betteh..   

Monday, August 9, 2010

Team Building GREAT Cyberview @ Outward Bound Malaysia Lumut..

Pada hari Khamis lepas, aku dan kengkawan opis yang lain telah dikerah beramai2 utk pergi ke program 'team building kat Perak yeop!! Mula-mula aku dah rasa macam sengal je nak pergi sebab mesti macam nak pergi kem motivasi a.k.a. motibasi... yebba!! ;(

Masa dah on the way ke tempat yang dituju.., masing-masing dah macam blur2 je aku tengok.., yang sekor dok tido bongkang.., yang lainnye macam takut2 je sebab yelah.., baru kenal kowt budak2 ofis nie.. gedebak gedebuk lepas 4 jam naik bas.., akhirnya sampai jugak la aku kat kem yang diberi nama Outward Bound Malaysia Lumut..


Nie pun pertama kali dalam sejarah hidup aku tahu yang tempat nie dah lama wujud.., sejak zaman merdeka lagi... kewl x..?? sambung lagi.., dah settle check-in.., registration.. dan sume laa benda2 yang sepatutnya diuruskan.., maka kami dicampakkan kepada dua kumpulan, Toyiiibbb!!! Yong Belar dan Sempadi.., nama gunung tu beb... baru pakcik tau... emmm ;)

Aktiviti di sini amat penuh pengisian berguna kepada sesiapa sahaja yang ingin mencabar diri serta boleh mengenal potensi diri yang sebenar kerana semua aktiviti2 yang ditawarkan semuanya melibatkan alam semulajadi...

Mula-mula dah dapat kumpulan tu.., aku rasa macam cuak pun ade sebab ahli kumpulan aku nie mcm malu2 kucing la.., kucing pun xmalu macam depa nie.. Toyyiiibbb!!! Lepas ice breaking session.., barulah sedikit demi sedikit perwatakan diri masing2 tu nak keluar.., bak kata omputih.., "they started to show their true color" laa katekan... tapi aku tetap kewl!! eheh!! walaupun bila mase main permainan "banana and papaya" tu sangat kelakar.., aku tetap mengantoikan diri dengan salah sebut banana dan papaya kat org yg salah... toyiibbb!!

Hari kedua..,
Aktiviti dah mula mencabar.. berkayak dari OBS ke Teluk Sekadeh.., adelah lebih kurang dalam 4 kilometer... emm, jauh dowh!! selalu aku jogging 4kilometer pun dah mcm nak terputus je urat kentut nie ha... ni pulak guna tangan kayak nak pi pusing pulau pangkor nun...

Akan tetapi, nasib baik la ade satu bunga nie yang nak pair ngan aku utk berkayak... Bak kate orang tua2.., pucuk dicita ulam mendatang... cewah! Sweet laa awek nie.., peramah, xsombong.., banyak benda laa boleh share dengan minah nie.. (ade ciri2 tue... so, masukkan dalam list....)

Anyway, pagi tu ade sesi latihan kayak dulu.., lepas tue baru diorang (instructor) lepaskan kitorang ke laut nun.... sendiri2 je beb.. diorang monitor dari atas bot je.. alhamdulillah, kitorang smpi ptg jumaat tu dlm pukul 5 mcm tue.. kayak lebih kurang dalam sejam 45 minit jugak la.. dah mcm nak patah dah pinggang pakcik nie..

Pastu, kitorang sume berkhemah la di teluk sekadeh itu... Toyyiibbb!! Menarik beb sebab masa hari tu aku ditugaskan untuk menjadi pengurus pasukan aku.., So, gila kuasa kejap ar.., ekekee.., xde la.., yang best nya semua tugas kitorang agih2kan sama-rata.. baik lelaki baik perempuan..

Hari ketiga..,
Perjalanan aku/kumpulan kami bermula untuk menghabiskan pusingan satu pulau pangkor.. bak kata orang tawaf la kan.. tapi.., pagi2 je dah hujan lebat., ombak memang x ingat dunia la.., sepatutnya journey kitorang mula pukul 7 pagi, tapi dek kerana hujan, kitorang kena tunggu.., sampai pukul 9 lebih macam tu, hujan berhenti.., jadi kitorang mulakan kembali pengembaraan..,

Dalam perjalanan berkayak mengelilingi pulau itu.., ramai laa yang seasick/ muntah atas kayak.., termasuk la partner aku yang comel tue.., aku menjadi wira kapoww hari tue sebab aku boleh dayung non-stop.., aku pun mcm xpercaya macam mana ade kuasa ekstra yang boleh 'push' diri aku untuk pergi lebih jauh... "Always belief in yourself and good teamwork makes everything possible".

Sampai la kitorang kat Teluk Batik selepas 4 jam berkayak.., sambil makan makanan yg kitorang masak malam sebelumnya... aku siap nyanyi lagu spongebob mase mandi manda di situ... ehhe ;) pastu kitorang sambung perjalanan untuk sampai semula ke OBS., amik masa dalam sejam gak la nak sampai.

Hari keempat..,
Aku berkesempatan untuk mencabar diriku melakukan aktiviti memanjat dinding / wall climbing.. perghh!! Kalu korang xde tenaga tangan yg kuat.., dinasihatkan pi ambik tongkat ali dulu.. aku dicabar untuk mendapatkan tiga kali tawan puncak.., tapi aku dapat satu je.., kira ok la tue., next time aku buat kat tempat lain pulak.. Dang!

Hari Terakhir..,
Sedih sket sebab aku dah mula sayang kawan2 dan juga tempat outward bound school nie.. ye la, nie je masa yg ada nak kenal diorang nie.. lepas nie masing2 busy kan..? At least aku dapat sesuatu yang amat berharga daripada kursus nie.. So, aku harap korang yang diluar sana agak2 dah lemau atau tepu otak.., aku sarankan korang datang ke tempat nie.. banyak ilmu bermanfaat yg boleh diperolehi di Outward Bound School. Thanks to Cyberview for this great opportunity.. nanti aku citer lagi ye... kalu aku ade citer menarik..


  

Monday, August 2, 2010

Hari pertama di Cyberview..

Hari nie merupakan hari pertama aku masuk bekerja di Cyberview..., Perjalanan dari ampang ke cyberjaya ambil masa dalam 45minit jugak laa.. panas gak la punggung aku nie, tapi rezeki punya pasal kan kuredahi jua... Lalaalaaa... 

Sesi "induction" yang sangat kelakar..., dan xpasal2 nama aku kena petik lagi sebagai artis!! haha.., Aku dan kengkawan yang lain adelah di bawah Batch 12..., trainer cakap kitorang nye batch paling ramai intake dalam sejarah cyberview... heh!

Trainer sume "manis" macam gula-gula kapas yang sedap kalu makan kat funfair... Nyam nyam bunyi dia... Nak dijadikan cerita.., lepas aku balik dari tandas dari lunch.. (dah start sesi kedua masa tue..), aku ditahan oleh trainer cun nie... dia kata "ade benda nak buat kejap, so u xboleh masuk ye." Aku pun terpinga2.., xkan pasal pi jamban kejap pun nak denda...??? Walaweh!!! Gua cool lagi nie.., pastu ade la dua tiga kengkawan keluar dari hall gak.. benda yang sama gak la...

Aku pun terdengar nama aku dipanggil ",.....Faizal Tahir..!!!" hmm, aku ingat nak main monopoli ke, tikam ke.., pastu aku masuk kelas tu dia.., Syezzammm! Nama aku sudah dinobatkan menjadi team leader satu kali...

Tapi aku anggap nie sume sebagai cabaran dan kelebihan buat diri aku.. X Gentar guruh di langit.. Cewah!! Aku layan je..

Tapi aku rasa hari Isnin nie la yang paling diberkati buat aku sebab aku dipertemukan dengan orang2 kita yang hebat2 dari segi cara pemikiran dan ada potensi besar untuk pergi lebih jauh dalam industri nie..

Semoga berjaya kepada korang sume.., Dan aku harap aku dapat menjadi seseorang yang akan dipandang oleh masyarakat pada suatu hari nanti.. ade mase kalu aku citer lagi.. salamzz..

Sunday, August 1, 2010

Hari Ahad yg sangat "senyap"...

Hari nie hari pertama aku join dan bukak blog nie..

Nervous pun ade.., tapi rasanye oke kowt.. belasah sudeh..
Tujuan bukak akaun blog: xde diari.., tapi nak menulis/menaip..
Hari ahad sangat sunyi kat rumah, cuma dengar bunyi tv dengan bunyi gunting krek2... sebabnye adik aku yang paling kecik skali kena potong rambut ngan bapak aku daaa... kojek jugak laa rambut dia.., pastu dok datang mengadu kat aku..
"Angah, rimas la potong rambut..." aku pun membalas dengan ayat macho "apesal pulak ko nak rase rimas..? kan dah pendek rambut ko tue..? eleh, ko x suka rambut baru ko sebab dah x macam justin bebek kan kan...??? hahaha"..,

Sambil adik aku menutup mukanya dengan tuala merahnya.. "mane ade.." suara sedih laa pulak.. Aku pun cakap "lenkali angah potong rambut e-im ek"., dia suka aku potong rambut dia sebab aku nie berbakat jugak laa dalam bab2 hairstyle nie.. Up sket!!

Tapi benda yang paling penting yang akan berlaku ialah esok! Aku akan mula bekerja di sebuah syarikat kat area cyberjaya... Rezeki beb.. setelah sekian lamanyee aku menganggur (ade laa dlm nak masuk lima bulan.., sangap x hengat dunia Walawehh!!)

Hari baru buat aku bermula esok.. So, kasi redah sudeh!!! Adios..
nanti aku sambung lagi....