Wednesday, August 17, 2011

Bulan Ramadhan.., Bulan penuh keberkatan..

Assalamualaikum semua..,

Aku rasa bersyukur sangat kerana diberi lagi kesempatan untuk menunaikan ibadah berpuasa serta amalan ibadah yang lain.. Walaupun tahun ni ada banyak hari yang aku tidak berkesempatan untuk menunaikan solat terawih, tetapi bila ada peluang dan masa., aku tak lepaskan...

Rasanya dah lama aku tak berceloteh kat blog nie.., ye la, kesibukan kerja yang x menentu membataskan aku untuk berkongsi cerita dengan kamu semua...

Ok lah, aku nak mulakan dengan cerita kehidupan aku sekarang.., bekerja di awan biru menuntut seribu satu pengorbanan dari segi masa dan tanggungjawab yang dipikul harus dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik... Pengalaman paling menyeronokkan aku bekerja sebagai anak rantau ialah berpuasa seminggu pertama di Borneo Malaysia.., yang lagi mencabar tu ialah.., berpuasa dan berbuka seorang diri ataupun ditemani rakan sekerja yang berlainan setiap hari selama seminggu tue.. hehehe~~ Yang lagi kelakar, apabila selesai kerja aku seminggu berpuasa di Borneo, balik ke semenanjung je.., aku nye pattern berbuka puasa pulak ialah di dalam transport.., on the way nak ke tempat kerja,,..

Tapi aku xkisah itu semua, sebabnya nak mencari keredhaan Allah dlm mencari rezeki yang halal... :) tapi bulan puasa nie.., berat badan aku turun sedikit.., dalam 2kg macam tu la.. tapi xpe., kesihatan lebih penting untuk hari tua nanti...

Kemudian.., disusuli dengan insiden abang aku yang patah kaki pada minggu pertama berpuasa., dek kerana nak jadi chong wei... dah tempang satu kaki... nak pandu kereta pun susah.., kesian aku tengok keadaan dia.., tapi xpe.., abang aku tu hati kering punya orang... hahaha~~ kakak ipar aku pulak makin sihat.., sejak mengandungkan baby lelaki nie... Anak buah aku si Hani pulak lagi aktif sepah2kan barang toys kat umah dia... tapi seronok melihat keluarga yang happy macam tu.. (aku pun duk berangan nak ada famili suatu hari nanti)...

Bahagian yang paling seronok sekali ialah.., ketika aku dan yang lain-lain memujuk adik perempuan aku untuk pulang ke rumah Abah di Ampang setelah sekian lama adik aku yang degil tu x balik... dengan kuasa hikmat psikologi aku.., telah berjaya mengajak Alang dan suaminya pulang berbuka puasa di rumah kesayangan kami ni... Makcik (isteri abah) pun mcm culture shock gak sebab ni first time dia sambut puasa dengan keluarga baru... Aku kewl je.. :) Tapi semuanya dah kembali normal seperti biasa.., salah faham bapa dan anak telah dikurangkan.., dah ukhuwah dijalinkan lebih rapat.. Amiin..~ Lepas raya nie aku jadi pakcik lagi laa (Pak Ngah yang kewl).. adik perempuan aku nak bersalin... baby girl wuhuuu~~

Aku pulak masih berkesempatan berbuka puasa bersama teman-teman rapatku.. Mereka sentiasa sudi menghadirkan diri tatkala diajak untuk berbuka puasa bersama-sama... Alhamdulillah~ (Aku sayang korang)..

Hari raya Aidilfitri dijangka disambut pada 30 haribulan Ogos ni.., tapi kalau diikutkan jadual kerja aku.., diramalkan aku touch down kat airport pagi raya nanti... maknanya dalam tengahari baru lah aku pulang ke rumah Abah di Ampang nanti,... Zakat fitrah dah settle... :) Mood raya dah ON nie.. siap main lagu raya je kat telefon bimbit aku ni... hahahaha~

Nak raya ngan girlfren.., tapi calon belum nampak lagi bayang-bayangnya.. :( xpe la.., korang tolong doakan aku yea nanti... nanti aku sambung lagi... calos.. selamat berpuasa semuanya... :)