Hi everyone.., once again I am able to have the chance to write on this blog.. (tukar bahasa la pulak kejap)
Oke, semalam aku berkesempatan laa juga nak pergi menonton filem KL Gangster terbitan Skop Productions . Aku pun malas sebenarnya nak pergi jauh-jauh sangat dari rumah untuk menonton wayang nie.. Sebab paling konkrit ialah berhampiran dengan kawasan rumah aku di Ampang nie ada panggung wayang juga.. (nak juga UP Ampang.~. I love my hometown.. hehehee)
Apa yang aku boleh komen di sini diharap para pembaca di luar sana tidak akan berkecil hati.., kerana aku hanya ingin melihat mutu filem kita akanmeningkat serta diangkat ke tahap yang lebih tinggi...
Dari segi sinopsis jalan cerita.., apa yang dapat disimpulkan di sini bahawa akan ada filem KL Gangster 2 nanti.., (pendapat peribadi) sebab jalan cerita yang agak "cliff hanging" di akhir penceritaan.. Akan tetapi.., pengenalan bagi setiap watak-watak karakter dalam filem ini dapat difahami dengan jelas..
Dari segi aspek "aksi".., boleh dipuji walaupun terdapat kelemahan dalam satu dua babak berlawan.., di mana ada shot yang dapat dilihat seakan-akan slow in motion (semasa battle scene antara shark dan malek) yang kelihatan seperti menunggu serangan balas.. (not impromptu). Walau bagaimanapun, jika diberi latihan "combat" yang konsisten kepada para pelakon.., saya yakin yang filem akan datang pasti akan bertambah bilangan penontonnya.., di samping hasil kutipannya juga.. :)
Dari segi pemilihan pelakon.., tahniah diucapkan kerana setiap pelakon membawa karakter masing-masing dengan berkesan.
Akan tetapi.., filem ini tidak digalakkan kepada kanak-kanak untuk menontonnya kerana nilai-nilai yang terdapat di dalam filem ini agak kurang sesuai untuk dipertontonkan kepada mereka yang sememangnya masih kecil dan mudah terpengaruh dengan persekitaran di sekeliling mereka.
Dari lima bintang untuk diberi "rating".., saya memberi 4 bintang kepada filem ini...
Good job to Syamsul Yusof and the team for your effort to make our film industry to rise up to the next level that we can be proud of. Malaysia Boleh! Hohoho~
![]() |
| Salah satu adegan dalam filem KL Gangster.. |

