Sunday, October 16, 2011

Selangkah demi selangkah..

Dalam hidup ini ada banyak perkara yang misteri serta pelik boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.. tak kira lah benda tu mendapat kebaikan diri atau menguji kesabaran diri masing-masing..

Hidup aku sekarang ini banyak berkisar kepada kerjaya dan juga kehidupan bersama kawan-kawan... ada masa gembira bersama dan ada masa sedih.., aku bersendirian.. tetapi aku tetap teruskan kehidupan..

Akan tetapi.., kadang2 diri ini mula bertanya kembali pada diriku.. "ko ni nak hidup macam nie sampai bila ye, payjal..?" Aku pun rasa akan sampai pada suatu masa yang aku perlukan seseorang utk mendengar dan berkongsi tentang masa susah dan senang bersama.., rancangan masa depan dan apa yang aku ingin lakukan untuk memperbaiki taraf hidup aku pada masa depan nanti..

Persoalannya.., siapakah orang yang sesuai untuk dijadikan "orang penting" dalam hidup aku...?

Aku bukanlah seorang yang mudah jatuh cinta kepada seseorang.., dan perasaan yang ingin dibina bukanlah dapat disematkan dalam waktu yang singkat..

Kepada awak yang bergelar "wanita".., saya akan cuba mencari dan mendapatkan awak jika ada keizinan dariNya.. Hanya doa dan sujud kepadaNya yang dapatkan ku panjatkan.., serta semoga dibukakan pintu hati "wanita" untukku teruskan dengan apa yang ingin ku capai dalam hidup...

Sorrylah sebab aku terjiwang sket mlm ni.. huhuhu~